One must learn by doing the thing. For though you think you know it, you have no certainly until you try.
MY LESSON PLAN 2009: 11 MARCH 2009

11 MARCH 2009

Posted on by Shamsinariah

Tarikh
11 Mac 2009
Tingkatan
5K2 (42 orang)
Masa5 & 6
Subjek
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Tema
2. Hubungan Kekeluargaan
Tajuk
A. Persiapan membina keluarga ke arah pembentukan masyarakat mapan:
  • Kewangan yang stabil
  • Perkahwinan mengikut undang-undang negara
Hasil Pembelajaran
Pengetahuan Sivik:
  1. Menjelaskan kepentingan mematuhi peraturan perkahwinan mengikut undang-undang negara.
  2. Menyenaraikan ciri-ciri calon pasangan hidup yang baik.
  3. Menghuraikan ciri-ciri ibubapa yang cemerlang.

Kemahiran Sivik:
  • Mengamalkan pengurusan kewangan keluarga yang cekap.
  • Melengkapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk membina keluarga bahagia.

Nilai Sivik :
  • Bertanggungjawab terhadap keluarga
  • Menghargai restu ibu bapa / penjaga

Aktiviti
  1. Menghasilkan puisi yang bertemakan institusi kekeluargaan.
  2. Mengumpul maklumat tentang institusi yang berkaitan dengan perkahwinan /kekeluargaan.
Refleksi
  • P&P berjalan dengan lancar.
  • Suasana agak bising kerana pelajar menghasilkan puisi sambil mendeklamasikannya sesama sendiri. Pelbagai ragam dapat diperhatikan.
  • Hampir semua pelajar tidak sempat menyiapkan tugasan yakni menghasilkan puisi yang bertemakan institusi kekeluargaan. Jadi, akan disambung sebagai kerja rumah.

0 Responses to "11 MARCH 2009":

Post a Comment