Tarikh
| 11 Februari 2009
|
Tingkatan
| 5K2 (42 orang) |
Masa | 5 & 6
|
Subjek
| Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
|
Tema
| 1. Pencapaian Kendiri
|
Tajuk
| Perikemanusiaan Ke Arah Kesejahteraan Negara i. Empati ii. Menghargai Nyawa
|
Hasil Pembelajaran
| Pengetahuan Sivik:
- Menerangkan konsep perikemanusiaan.
- Menghuraikan isu-isu kemanusiaan
Kemahiran Sivik:
- Mengamalkan cara hidup berperikemanusiaan
- Melibatkan diri secara aktif dalam membentuk masyarakat yang penyayang.
Nilai Sivik :
- Menghargai kesejahteraan negara.
|
Aktiviti
| - Beberapa pelajar yang pernah menjadi mangsa banjir batu-bari ini diminta untuk menceritakan situasi mereka sewaktu banjir dan kesusahan serta kesulitan yang telah keluarga mereka hadapi.
- Guru menerangkan dengan lebih lanjut erti empati dan kemanusiaan dan disokong dengan beberapa contoh situasi dalam kehidupan seharian.
- Beberapa orang pelajar secara sukarela diminta untuk menyatakan kejadian-kejadian yang terjadi di sekeliling di mana akan mencetuskan perasaan simpati, empati dan perkemanusiaan.
|
Refleksi
| - P&P pada kali ini berjalan dengan lancar.
- Pelajar memberikan respons yang aktif apabila diminta menceritakan pengalaman masing-masing sebagai mangsa banjir.
- Tajuk pada hari ini mudah untuk difahami oleh pelajar.
|